Sunday 21 August 2011

UMAT ISLAMLAH YANG MEMBELOT AGAMA ISLAM ITU SENDIRI

ISU ZAKAT


Mengapa zakat diMalaysia ini menggunakan cara pengisian borang dan meminta2 di jabatan zakat untuk di beri zakat? bagai mana mereka2 yang tidak berkemampuan(tua,kesempitan wang,cacat,dsbg) ini perlu mencari pejabat lembaga zakat yang mereka sendiri tidak didedahkan dimana kedudukannya?? sepatutnya ini BUKANLAH caranya..lembaga zakat WAJIB menubuhkan satu pasukan bagi mencari dan meneliti para penerima zakat ini..dan bukanya menunggu mereka datang meminta2 dan mengisi borang untuk mendapatkan wang yang hanya mampu membantu hidup mereka satu atau dua minggu ini.. mengapa perlunya mereka mencari dan bukan menunggu??? kerana islam tidak pernah memuliakan cara meminta2 ini,tetapi memuliakan perkara mencari dan memberi..


Firman ALLAH dalam Surah al-Baqarah ayat 273:
(maksudnya): “(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya – oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta Yang halal maka Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.

jika kita melihat masalah ini..ia bukan satu perkara yang rumit untuk mencari mereka,pelbagai stesen2 televisyen di Malaysia ini menyiarkan program2 membantu mereka yang kurang berkemampuan ini(mereka boleh cari),atau pihak lembaga zakat terdiri dari mereka2 yang tidak tahu menggunakan akal kurniaan Allah,atau mereka sengaja agar dapat membelanjakan lebihan2 zakat tersebut?? wallahualam..

mengapa terlalu banyak lebihan zakat sedangkan ada diluar jumlah mereka yang yang layak menerima zakat BERTAMBAH?? mereka tidak dapat saluran zakat ini..sedangkan saidina umar ada berkata:

Dengarlah kata-kata Saidina ‘Umar r.a.: “Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah) Maka Saidina dalam kepimpinannya berusaha mengeluarkan mereka yang fakir dari daerah kefakiran dengan menggunakan harta zakat. Bukan sekadar memberi mereka beberapa suap makanan atau beberapa dirham wang. (lihat: Al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, 2/568, Beirut: Muassasah al-Risalah).



Banyak perkara jika hendak bincangkan tentang kesan zakat jika ia berfungsi dengan baik. Amanah ALLAH kepada pengurusan zakat dalam ayat 60 Surah al-Taubah itu hendaklah dipandang berat.
Firman ALLAH: (maksudnya) Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

jadi saya tidak hairan mengapa murtad yang ramai berlaku di Malaysia kini,Islam tidak dapat membangun, Islam dipandang mundur..segalanya HANYA KERANA AKARNYA IAITU ZAKAT..

No comments:

Post a Comment