1 Bolehkah air yang suci tetapi tidak menyucikan iaitu air mustaqmal (contohnya air mutlak yg dicampurkan ‘teh, kopi, susu, lumut atau air sisa wuduk) dipakai untuk dibuat bagi menghilangkan hadas atau najis? > Tidak boleh
2 Apakah sukatan air yang akan berubah menjadi air muttanajis jika termasuk najis? >Jika kurang dari anggaran bekas 2 kolah (58.3cm padu)
3 Bagaimana pula jika perigi dimasuki najis atau bangkai? > Jika kurang dari anggaran bekas 2 kolah (58.3cm padu) air itu perlu di buang. Jika lebih tidak mengapa.
4 Bagaimana jika babi atau anjing yg hidup termasuk kedalam perigi lalu keluar semula hidup2? > Buang 200 timba airnya atau kesemuanya
5 Apakah boleh bersuci dgn air sisa binatang yg halal dimakan dagingnya (air yg kurang sukatan)? Boleh
6 Apakah boleh bersuci dgn air sisa babi atau anjing(air yg kurang sukatan)? Tidak Boleh. Bekas itu harus disamak.
7 Apakah boleh bersuci dgn air sisa binatang buas(air yg kurang sukatan)? Boleh
8 Apakah air akan berubah menjadi najis jika terjatuh bangkai yang tidak berdarah seperti semut, lebah, kumbang? Tidak Najis melainkan jika banyak bangkai tersebut sehingga merubah zat air maka air itu najis
9 Apakah bulu dari bangkai binatang seperti kambing, unta dll itu najis? Tidak najis tetapi tidak boleh dibuat alas solat atau dipakaikan dibadan ketika solat
10 Apakah darah ikan, nyamuk, kutu itu najis? Dan bagaimana jika darah itu setitis atau 2 titis pd tubuh sedangkan kita sedang bersolat? Tidak Najis serta tidak membatalkan solat
11 Bagaimana jika muntah semasa bersolat? Tidak Batal wuduk
12 Najiskah kencing manusia? Najis. Tetapi bayi lelaki yg belum diberi makanan, cukup hanya percikan air pada kencing itu.
13 Najiskah zat anjing atau babi yang hidup? Najis
14 Najiskah zat anjing atau babi yang mati? Najis
15 Najis dari haiwan yg halal dagingnya? Najis
16 Hukum air mani ? Suci. kecuali anjing atau babi
17 Hukum air mazi atau wadi? Najis
18 Hukum susu binatang yang tidak boleh di makan dagingnya? Najis
19 Hukum abu & asap najis yg dibakar? Najis
20 Cara mencuci najis yg tidak nampak seperti kencing yg sudah kering Mengalirkan air sebanyak 1x
21 Bolehkah memakai kulit yang disamak? Boleh. Kecuali binatang yang haram.
22 Bolehkah membuang hajat sambil membelakangi atau menghadap kiblat? Boleh kalau tempat tertutup
23 Bolehkah membuang air kecil sambil berdiri? Boleh tapi tidak sopan
24 Doa Masuk Tandas....
25 Doa Keluar Tandas.....
26 Niat Wuduk Fardhu. Hendaklah dilakukan semasa berwuduk.
27 Baca Bismillah pd permulaan wuduk. Sunat. Jika terlupahendaklah ucapkan Bismillahi awalahu wa akhirahu
28 Membasuh 3x @ 2x @ 1x ketika wuduk Sunat
29 Menggosok anggota wuduk Sunat
30 Membasuh kedua belah tapak tangan Sunat
31 Berkumur dan menghisap air ke hidung Sunat
32 Membasuh muka Fardhu
33 Membasuh Tangan hingga ke siku Fardhu
34 Membasuh kepala Cukup jika kurang ¼ kepala
35 Menyapu kedua belah kuping telinga Sunat
36 Basuh Kaki Fardhu
37 Tertib Rukun
38 Tidur nyenyak secara duduk.. Tidak batal wuduk
39 Menyentuh wanita yg bukan mahram (halal dinikahi) Batal wuduk kecuali jika menyentuh anak kecil
40 Menyentuh rambut, gigi, kuku wanita yg bukan mahram Tidak batal wuduk
41 Menyentuh kemaluan sendiri tanpa alas. Tidak batal wuduk sekiranya sentuhan itu dengan belakang tangan.
42 Menyentuh kemaluan orang lain tanpa alas. Tidak batal wuduk sekiranya sentuhan itu dengan belakang tangan.
43 Keluar darah atau nanah Tidak batal wuduk
44 Batalkah wuduk jika ketawa terbahak2 didalam solat? Tidak Batal Wuduk
45 Batalkah wuduk jika makan daging unta? Tidak Batal Wuduk
46 Batalkah wuduk jika kita memandikan jenazah? Tidak Batal Wuduk
47 Bolehkah tawaf sedang dalam berhadas kecil atau besar? Tak sah tawaf
48 Bolehkah menyentuh Al-Quran sedang dalam berhadas kecil? Tak boleh
49 Bolehkah menyentuh buku tafsir Al-Quran sedang dlm berhadas kecil? Boleh dibawa, disentuh dan dibaca
50 Apakah hukum ‘niat’ ketika mandi sunat atau wajib? Bila waktu berniat? Fardhu.
Waktu berniat adalah ketika membasuh anggota badan.
51 Apakah hukum berkumur serta memasukan air kehidung ketika mandi?
-
52 Bagaimana pula rambut wanita yang panjang mengurai, apakah perlu di uraikan ikatan rambut ketika mandi? Fardhu
53 Bagaimana pula hukum menggosokkan tubuh badan serta berturut-turutan ketika mandi? Sunat
54 Bagaimana pula hukum membaca Bismillah ketika mandi? Sunat
55 Wajibkah mandi sekiranya melahirkan anak secara pembedahan? Wajib
56 Sesudah mandi sunat, bolehkah terus bersolat? Boleh
57 Seseorang yang mandi sunat Jumaat (kerana mahu bersolat Jumaat) telah berhadas. Apakah yang perlu ia lakukan? Apabila bangun dari tidur di hari Jumaat, ia mestilah mandi sunat Jumaat. Sekiranya setelah itu ia berhadas maka Ia tidak disunatkan mengulangi mandi sunat tersebut. Cukup hanya berwuduk. Tetapi sekiranya ia mahu, ia boleh juga mandi sunat. Manakala pada hari biasa ia boleh terus bersolat setelah mandi sunat dan sekiranya ia berhadas setelah itu, terpulang padanya samada mahu mengulangi mandi sunat tersebut ataupun hanya berwuduk.
58 Bilakah waktu untuk mandi sunat Hari raya? Sejak tengah malam Raya sehingga terbenam matahari pada keesokkannya.
59 Hukum duduk atau lalu didalam masjid bagi orang yg berhadas besar? Haram duduk atau mundar-mandir didlm masjid. Jika terpaksa melalui dlm masjid, boleh asalkan tidak mengotorkan masjid.
60 Gugurkah kewajiban solat bagi orang yg gila/pengsan & apakah perlu di kada? Kewajiban solat gugur selepas 1 waktu solat & tak wajib kada.
61 Apakah hukum azan? Sunat untuk bersolat
62. Berapa kalikah urutan ketika qamat?
Allahuakhbar 2x
Asyhadu alla illaha illallah 1x
Asyhaduanna Muhammadar Rasulullah 1x
Hayya alosolah 1x
Hayya alalfalah 1x
Qad qamatisolah 2x
Allahu Akhbar 2x
La illaha illallah 1x
63 Apakah batas aurat wanita yang bersolat? Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan
64 Bagaimana mahu bersolat jika tiada pakaian yang suci? Telanjang dan bersolat sepeti biasa
65 Bagaimana pula kiblat solat orang yang sedang sakit? Gugur kewajipan menghadap kiblat
66 Niat Solat- Rukun 1 Rukun. Dilakukan ketika perbuatan solat
67 Berdiri Tegak – Rukun 2 Rukun jika mampu. Tetapi sunat jika untuk solat sunat
68 Takbiratul ikhram – rukun 3 Rukun
69 Membaca Fatihah – rukun 4 Rukun
70 Makmum membaca Fatihah di belakang Imam Fardhu
71 Membaca Fatihah pada 2 rakaat pertama Fardhu
72 Membaca Fatihah pada 2 rakaat terakhir Sunat
73 Membaca Bismillah pada Fatihah Fardhu
74 Rukuk dengan tuma’ninah – rukun 5 Rukuk dgn tangan memegang lutut tanpa mengendurkan lutut serta tuma’ninah adalah rukun.
75 Bangkit dari rukuk dan berdiri tegak serta tuma’ninah –rukun 6 Rukun
76 Sujud –rukun 7 Rukun Dahi, tangan, lutut & ujung2 kedua jari kaki (Hidung adalah sunat)
77 Duduk antara 2 sujud – rukun 8 Rukun
78 Duduk untuk tasyahud akhir – rukun 9
79 Membaca Tasyahud akhir – rukun 10 Rukun
80 Membaca Selawat atas Nabidalam tasyahud akhir – rukun 11 Rukun
81 Memberi salam 1x –rukun 12 Rukun
82 Tertib – rukun 13 Rukun
83 Mengangkat tangan ketika takbiratul ikhram, rukuk & bangun dari rukuk.. separas bahu Sunat
Ditambah ketika berdiri muntuk rakaat ketiga
84 Cara meletak tangan ketika berdiri tegak (bukan ketika iktidal) Meletak tangan kanan pd tangan kiri & dibawah dada dan diatas pusat
85 Membaca doa iftitah Sunat
86 Cara membaca doa iftitah Wajahtu wajhiyalillazi fatarasama wati wal ard. Hanifan musliman wa ma anaminal musyrikin. Innasolati wanusuki wamahyaya wamama ti lillahirobil alamin lasyarikalahu wabiza likaumir tu wa anaminal muslimin.
87 Membaca Isti’azah ( a uzubillah…) Sunat
88 Membaca Amin (semasa Fatihah) Sunat
89 Membaca surah selepas Fatihah pada 2 rakaat terawal Sunat
90 Cara turun untuk sujud Lutut-tangan-muka
91 Cara bangun dari sujud Muka-lutut-tangan
92 Cara sujud Tapak tangan sebaris bahu
93 Cara bukaan jari Buka jari ketika rukuk dan tutup jari ketika takbir dan sujud
94 Cara duduk antara 2 sujud (isytirasy) Punggung duduk diatas tapak kaki kiri sementara tapak kaki kanan di tegakkan
95 Membaca doa ketika duduk antara 2 sujud Sunat
96 Cara duduk pd rakaat ke 2 & akhir Duduk seperti isytirasy pd rakaat ke 2 tetapi bagi rakaat terakhir hendaklah duduk tawaruk
97 Cara tangan kanan ketika duduk rakaat ke 2 atau terakhir Kesemua jari tangan kanan di kepal (jari tangan kiri dibuka) & mengangkat jari telunjuk bila masa syahadah
98 Tasyahud awal Sunat
99 Selawat atas nabi pada Tasyahud akhir Wajib
100 Cara Bacaaan Selawat Allahuma Solliala Muhammad. Wa ala ali Muhammad. Kama Sallaitaala Ibrahim Waali Ibrahim . Wabarik ala Muhammad wa ala Muhammad. Kama barak taala Ibrahim wa ala ali Ibrahim Fil alamin innakahamidun majid
101 Membaca doa qunut dalam solat Subuh Sunat
102 Waktu membaca doa qunut Setelah rukuk pd rakaat akhir sebelum sujud
103 Hukum solat sendirian di belakang saf yg mana saf di depannya masih ada kosong Makruh
104 Berkata2 dgn tidak sengaja didlm solat Sah
105 Berdehem, merintih, menangis @ mengaduh dengan sengaja Batal
Melainkan jika ia terjadi kerana takut atau kasih atau rindu atau aid atau mabuk kepada Allah
106 Ketawa dalam solat Batal melainkan jika sedikit
No comments:
Post a Comment