Saturday 13 August 2011

Rakyat tidak akan mendapat apa2 apabila..(part 2)


bapa mengopi di warong tepi parit,
anak amek kunci pergi merempit..

isteri hanya tahu duduk rumah siang ikan,
suami dengan sugar baby,cakap ''abg kerja kan?''

cikgu di sekolah balik awal elaun dikejar-kejar,
murid kurang belajar,semua kurang ajar..

naik kereta hanya besi buruk mahal melampau,
mana tak nya,mereka bergelar 'tuuutt' dah 'pau'..

pukul 11 malam masjid di kunci pagar,
musafir datang sembahyang di luar..

di Malaysia banyak imam,bilal,siak malaun,
9:10 semua sibuk kejar elaun..

macam la negara kita je minyak naik,
rakyat bodoh semua angin nak naik..

jabatan yg bagi lesen ada 'syle' baru sekarang,
patut la banyak kereta,motor terbang..

kerajaan berusaha menentang pencemaran udara,
polis tahan kereta,lori,hulur rm10 terus suka..

anak rakyat dipusat serenti ditangkap hisab dadah,
anak menteri? buat apa bising2? diam2 sudah..

kata mereka cina jahat dan cemburu,
cina kata mereka bersikap 'kiasu'(ingin menang)

kata mereka india paria suka merompak
tengok diri sendiri buat kerja macam haprak!

kata mereka melayu malas mudah lupa,
aku kata manusia semua sama tiada beza..

setiap masalah,pemimpin akan cakap "kita bertindak serta-merta'
beliau balik rumah,buat muka ckp "harap2 rakyat lupa"..

kerajaan kata nak tolong generasi muda cari ilmu dan berjuang,
tak sempat ke menara gading,bunga hutang keliling pinggang.

No comments:

Post a Comment