Saturday 20 August 2011

PENDAPAT IMAM HANAFI


1 Bolehkah air yang suci tetapi tidak menyucikan iaitu air mustaqmal (contohnya air mutlak yg dicampurkan ‘teh, kopi, susu, lumut atau air sisa wuduk) dipakai untuk dibuat bagi menghilangkan hadas atau najis? > Boleh

2 Apakah sukatan air yang akan berubah menjadi air muttanajis jika termasuk najis? > Jika kurang dari anggaran bekas yang panjang & lebarnya sepuluh hasta

3 Bagaimana pula jika perigi dimasuki najis atau bangkai? > Jika binatang itu jenis darah mengalir maka kesemua air perigi itu najis. Wajib dibuang airnya (200 timba – binatang besar seperti kambing. 40 timba – binatang sekecil kucing. 20 timba sekecil tikus)

4 Bagaimana jika babi atau anjing yg hidup termasuk kedalam perigi lalu keluar semula hidup2? > Buang 200 timba airnya atau kesemuanya

5 Apakah boleh bersuci dgn air sisa binatang yg halal dimakan dagingnya (air yg kurang sukatan)? > Boleh (sisa ayam adalah makruh.)

6 Apakah boleh bersuci dgn air sisa babi atau anjing(air yg kurang sukatan)? > Tidak Boleh. Bekas itu harus disamak.

7 Apakah boleh bersuci dgn air sisa binatang buas(air yg kurang sukatan)? > Tidak Boleh. (sisa burung buas adalah makruh. Sisa kucing pula suci)

8 Apakah air akan berubah menjadi najis jika terjatuh bangkai yang tidak berdarah seperti semut, lebah, kumbang? > Tidak Najis

9 Apakah bulu dari bangkai binatang seperti kambing, unta dll itu najis? > Tidak Najis. Semua bahagian bangkai yg tidak ada unsur cecair seperti kuku, paruh, tanduk adalah tidak najis.

10 Apakah darah ikan, nyamuk, kutu itu najis? Dan bagaimana jika darah itu setitis atau 2 titis pd tubuh sedangkan kita sedang bersolat? > Tidak Najis serta tidak membatalkan solat

11           Bagaimana jika muntah semasa bersolat? > Batal Wuduk jika muntah itu sepenuh mulut.

12           Najiskah kencing manusia? > Najis.

13           Najiskah zat anjing atau babi yang hidup? >         Tidak najis. Yang najis adalah air liurnya.

14           Najiskah zat anjing atau babi yang mati? >            Najis

15           Najis dari haiwan yg halal dagingnya? > Najis melainkan burung yg mengeluarkan najis dari udara seperti merpati

16           Hukum air mani ? > Najis

17           Hukum air mazi atau wadi? > Suci

18           Hukum susu binatang yang tidak boleh di makan dagingnya? > Suci

19           Hukum abu & asap najis yg dibakar? > Najis

20           Cara mencuci najis yg tidak nampak seperti kencing yg sudah kering > Mengalirkan air sebanyak 3x

21           Bolehkah memakai kulit yang disamak? > Boleh. Kulit anjing yang disamak pun boleh dipakai dibawa ketika solat.

22           Bolehkah membuang hajat sambil membelakangi atau menghadap kiblat? >       Tidak boleh

23           Bolehkah membuang air kecil sambil berdiri? > Boleh tapi tidak sopan

24           Doa Masuk Tandas......
25           Doa Keluar Tandas......

26 Niat Wuduk > Sunat.

27           Baca Bismillah pd permulaan wuduk. > Sunat. Jika terlupahendaklah ucapkan "Bismillahi awalahu wa akhirahu"

28           Membasuh 3x @ 2x @ 1x ketika wuduk > Sunat

29           Menggosok anggota wuduk > Sunat

30           Membasuh kedua belah tapak tangan > Sunat

31           Berkumur dan menghisap air ke hidung > Fardhu

32           Membasuh muka >Fardhu

33           Membasuh Tangan hingga ke siku > Fardhu

34           Membasuh kepala > ¼ kepala

35           Menyapu kedua belah kuping telinga > Sunat

36           Basuh Kaki > Fardhu

37           Tertib > Sunat

38           Tidur nyenyak secara duduk.. > Tidak batal wuduk

39           Menyentuh wanita yg bukan mahram (halal dinikahi) >  Tidak batal wuduk melainkan jika bertemu 2 kemaluan lelaki dan wanita (samada mahram atau tidak) tanpa alas.

40           Menyentuh rambut, gigi, kuku wanita yg bukan mahram > Tidak batal wuduk

41           Menyentuh kemaluan sendiri tanpa alas. > Tidak Batal Wuduk

42           Menyentuh kemaluan orang lain tanpa alas.>Tidak Batal Wuduk

43           Keluar darah atau nanah > Tidak batal wuduk sekiranya ia tidak mengalir

44           Batalkah wuduk jika ketawa terbahak2 didalam solat? > Batal Wuduk

45           Batalkah wuduk jika makan daging unta? > Tidak Batal Wuduk

46           Batalkah wuduk jika kita memandikan jenazah? > Tidak Batal Wuduk

47           Bolehkah tawaf sedang dalam berhadas kecil atau besar? > Sah tawaf tetapi berdosa

48           Bolehkah menyentuh Al-Quran sedang dalam berhadas kecil? > Boleh jika membawa dlm beg

49           Bolehkah menyentuh buku tafsir Al-Quran sedang dlm berhadas kecil? > Boleh dibawa, disentuh dan di baca

50           Apakah hukum ‘niat’ ketika mandi sunat atau wajib? Bila waktu berniat? > Sunat

51           Apakah hukum berkumur serta memasukan air kehidung ketika mandi? > Fardhu

52           Bagaimana pula rambut wanita yang panjang mengurai, apakah perlu di uraikan ikatan rambut ketika mandi? > Tak wajib

53           Bagaimana pula hukum menggosokkan tubuh badan serta berturut-turutan ketika mandi? > Sunat

54           Bagaimana pula hukum membaca Bismillah ketika mandi? > Sunat

55           Wajibkah mandi sekiranya melahirkan anak secara pembedahan? > Wajib

56           Sesudah mandi sunat, bolehkah terus bersolat? > Boleh

57           Seseorang yang mandi sunat Jumaat (kerana mahu bersolat Jumaat) telah berhadas. Apakah yang perlu ia lakukan? > Apabila bangun dari tidur di hari Jumaat, ia mestilah mandi sunat Jumaat. Sekiranya setelah itu ia berhadas maka Ia perlu mengulangi mandi sunat tersebut. Sekiranya ia berhadas lagi maka ia perlu sekali lagi mengulangi mandi sunat tersebut. Ini cuma untuk orang yg mahu bersolat Jumaat bukannya kerana hari Jumaat. Manakala pada hari biasa ia boleh terus bersolat setelah mandi sunat dan sekiranya ia berhadas setelah itu, terpulang padanya samada mahu mengulangi mandi sunat tersebut ataupun hanya berwuduk.

58           Bilakah waktu untuk mandi sunat Hari raya?        > Sejak terbit fajar sehingga solat Raya mahu dimulai

59           Hukum duduk atau lalu didalam masjid bagi orang yg berhadas besar? >Haram duduk atau lalu didlm masjid..
Jika terpaksa melalui dlm masjid, hendaklah bertayamum.

60           Gugurkah kewajiban solat bagi orang yg gila/pengsan & apakah perlu di kada? > Kewajiban solat gugur selepas 6 waktu solat & tak wajib kada.

61           Apakah hukum azan?     > Sunat muakad secara kifayah
(muakad = yg Nabi amalkan selalu)
(kifayah = kewajiban yg jika salah seorang dari kawasan itu kerjakan maka akan gugur kewajiban orang lain)

62.          Berapa kalikah urutan ketika qamat? >
Allahuakhbar 4x
Asyhadu alla illaha illallah 2x
Asyhaduanna Muhammadar Rasulullah 2x
Hayya alosolah 2x
Hayya alalfalah 2x
Qad qamatisolah 2x
Allahu Akhbar 2x
La illaha illallah 1x

63           Apakah batas aurat wanita yang bersolat? > Seluruh tubuh kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki

64           Bagaimana mahu bersolat jika tiada pakaian yang suci? > Telanjang. Solat secara duduk dan kaki menghadap kiblat. Rukuk & sujud secara isyarat. Paha dirapatkan.

65           Bagaimana pula kiblat solat orang yang sedang sakit? > Gugur kewajipan menghadap kiblat walau ada orang yang boleh membantu.

66           Niat Solat - Rukun 1         Syarat. Boleh dilakukan sebelum perbuatan solat

67           Berdiri Tegak – Rukun 2 Rukun jika mampu. Tetapi sunat jika untuk solat sunat

68           Takbiratul ikhram – rukun 3         Bukan rukun tetapi ia adalah syarat untuk bersolat.

69           Membaca Fatihah – rukun 4        Yang diwajibkan adalah membaca Quran secara mutlak. Tak semestinya Fatihah. Wajib
bagi yang bersolat sendirian atau imam

70           Makmum membaca Fatihah di belakang Imam >               Makruh Tahrim

71           Membaca Fatihah pada 2 rakaat pertama             > Wajib bagi imam atau yg bersolat sendirian. Makruh bagi makmum

72           Membaca Fatihah pada 2 rakaat terakhir               > Sunat

73           Membaca Bismillah pada Fatihah              > Sunat
74           Rukuk dengan tuma’ninah – rukun 5 >   Rukuk terlaksana dgn menundukan kepala & mendekati keadaan rukuk..Ttuma’ninah adalah wajib

75           Bangkit dari rukuk dan berdiri tegak serta tuma’ninah –rukun 6  Rukun

76           Sujud –rukun 7 Rukun Hidung+dahi, tangan, lutut & ujung2 kedua jari kaki

77           Duduk antara 2 sujud – rukun 8 Sunat

78           Duduk untuk tasyahud akhir – rukun 9

79           Membaca Tasyahud akhir – rukun 10      Wajib

80           Membaca Selawat atas Nabidalam tasyahud akhir – rukun 11      Sunat

81           Memberi salam 1x –rukun 12     Wajib

82           Tertib – rukun 13              Rukun

83           Mengangkat tangan ketika takbiratul ikhram, rukuk & bangun dari rukuk.. separas bahu                > Sunat Hanya ketika takbirratul ikhram saja

84           Cara meletak tangan ketika berdiri tegak (bukan ketika iktidal) > Meletak tangan kanan pd tangan kiri & dibawah pusat.

85           Membaca doa iftitah > Sunat

86           Cara membaca doa iftitah > Subhanakallah humma. Wabihamdika. Wataba rokasmuka. Wataala jadduka. Wala ilaghairuka.

87           Membaca Isti’azah ( a uzubillah…)            Sunat

88           Membaca Amin (semasa Fatihah)            Ucapkan dgn perlahan

89           Membaca surah selepas Fatihah pada 2 rakaat terawal   Wajib

90           Cara turun untuk sujud Lutut-tangan-muka

91           Cara bangun dari sujud  Muka-tangan-lutut

92           Cara sujud           Muka terletak diantara ke2 tangan

93           Cara bukaan jari                Buka jari ketika rukuk dan tutup jari ketika takbir dan sujud

94           Cara duduk antara 2 sujud (isytirasy) >   Punggung duduk diatas tapak kaki kiri sementara tapak kaki kanan di tegakkan

95           Membaca doa ketika duduk antara 2 sujud          Sunat

96           Cara duduk pd rakaat ke 2 & akhir Punggung duduk diatas tapak kaki kiri sementara tapak kaki kanan di tegakkan

97           Cara tangan kanan ketika duduk rakaat ke 2 atau terakhir > Jari pd kedua tangan dibuka & hanya mengangkat jari telunjuk pabila sampai masa syahadah

98           Tasyahud awal  Wajib

99           Selawat atas nabi pada Tasyahud akhir   Sunat

100         Cara Bacaaan Selawat > Allahuma Solliala Muhammad. Wa ala ali Muhammad. Kama Sallaitaala Ibrahim Waali Ibrahim Fil alami innakahamidun majid. Wabarik ala Muhammad wa ala Muhammad. Kama barak taala Ibrahim wa ala ali Ibrahim Fil alamin innakahamidun majid.

101         Membaca doa qunut dalam solat Subuh                - tiada

102         Waktu membaca doa qunut        Sesudah bacaan surah sebelum rukuk (bagi solat sunat. Bagi solat Fardhu, tiada qunut kecuali pd solat subuh utk qunut nazilah)

103         Hukum solat sendirian di belakang saf yg mana saf di depannya masih ada kosong            Makruh

104         Berkata2 dgn tidak sengaja didlm solat   Batal solat

105         Berdehem, merintih, menangis @ mengaduh dengan sengaja   Batal . Melainkan jika ia terjadi kerana takut atau kasih atau rindu atau aid atau mabuk kepada Allah

106         Ketawa dalam solat         Batal melainkan jika sedikit

No comments:

Post a Comment