1. Pertama, yang kita pesankan kepada pelajar Muslim ialah membetulkan niatnya. Di kalangan kebanyakan penuntut, tujuan belajar ialah untuk mendapatkan sijil yang dengannya ia boleh memegang jawatan dan dapat menyara hidup. Tetapi yang kita kehendaki supaya niat ia belajar ialahuntuk memberikan sumbangan terhadap Islam, orang-orang Islam dan menegakkan negara Islam serta mengisi ruang pengkhususan yang diperlukan oleh jemaah kerana Islam menggalakkan kita supaya menuntut ilmu dan melaksanakan kewajipan menjadi Khalifah di muka bumi dan memakmurkannya dengan kuasa-kuasa yang Allah sediakan di dalamnya. Niat yang begini akan menjadikan belajar itu salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah dan akan djberi pahala atas segala usaha, masa dan harta yang digunakan.
2. Pelajar Muslim juga hendaklah membetulkan pandangannya kepada pelajaran dan ia bukan semata-mata penguasaan akal tentang maklumat-maklumat yang perlu dipenuhkan di dalam otak untuk menjawab di dalam peperiksaan di akhir tahun, tetapi yang dikehendaki ialah dapat menyediakan peribadi terpelajar yang membina ilmunya, boleh memberi faedah kepada kehidupan manusia dan ia hendaklah mengetahui tentang sejauh mana hubungkait apa yang dipelajarinya dengan kehidupan.
Mereka juga hendaklah mengetahui adab-adab Islam dan ajaran-ajarannya dan memaksakan dirinya untuk mengetahuinya, ,membiasakan diri dengan sifat benar, amanah, menunaikan janji, berlemah-lembut dan segala akhlak Islam dan menjauhkan diri dari akhlak yang keji. Dan yang paling nyata sekali ialah perkara yang mesti ditunaikannya terutamanya sembahyang, berbuat baik terhadap kedua ibu bapa, berbaik-baik hubungannya dengan keluarga dan kawan-kawannya.
3. Pelajar Muslim hendaklah pandai memilih kawan dari kalangan kawan-kawannya. Ia seharusnya memilih kawan yang soleh dan tidak berkawan dengan orang yang jahat. Perhubungannya hendaklah sederhana dan dapat dikawal, jangan sampai membuang masa pelajarannya.
4. Ia juga pandai dalam memilih majalah-majalah untuk merehatkan fikirannya. Pilih yang bersih dan yang berfaedah dan jauhkan dari yang merosakkan dan mendatangkan dosa.
5. la hendaklah memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap pelajaran kerana masa umurnya yang begitu adalah umur untuk belajar dan membentuk peribadi. Masa itu hendaklah dihabiskannya dengan sebaik-baiknya untuk pelajarannya supaya selepas itu ia dapat menumpukan pula kewajipan-kewajipannya selepas belajar.
6. Urusan rumah, sekolah atau kuliah, di meja dan tempat tidur hendaklah teratur rapi. Tempat letak pakaian, kitab-kitab dan nota-nota kuliah mestilah teratur supaya tidak membuang masa untuk mencarinya bila diperlukan. Pelajar yang tidak sistematik akan menyebabkan fikirannya juga tidak tenteram dan membuang masa dan tenaga untuk mencari alat-alat yang diperlukannya.
7. Masa hendaklah disusun dengan baik sama ada masa untuk belajar, mengulangkaji, tidur dan berusaha untuk mengikut waktu yang ditetapkan itu. Jangan tinggalkan masa itu dipengaruhi oleh keadaan dan urusan-urusan lain. Sembahyang hendaklah ditunaikan apabila masuk sahaja waktunya kerana menunaikan sembahyang adalah sebagai memperbaharui tenaga dan memohon pertolongan dari Allah. Perlu diingatkan bahawajangan gunakan waktu tidur untuk belajar dan waktu belajar untuk tidur.
Ramai pelajar yang tidak mengambil berat terhadap pelajarannya di awal pengajian dan masa dibuang begitu sahaja, mereka menggantikan masa yang dibuangnya itu di akhir tahun dengan berjaga sepanjang malam. Ini adalah satu kesalahan yang besar bagi pelajar Muslim dan patut dijauhinya. Waktunya hendaklah diatur sejak dari awal pengajian lagi secara sederhana kerana dengan secara paksa akan menyebabkan kegagalan.
8. Pelajar Muslim contoh hendaklah membiasakan diri dengan kebersihan dimulai dengan pembersihan dalaman, pembersihan hati dari dendam dan hasad, pemarah dan takbur, terpedaya dan setiap yang dimurkai oleh Allah. Hatinya hendaklah dipenuhi dengan sifat taqwa, kasih sayang, ikhlas, bersih hati, tawadu' dan setiap yang diredhai oleh Allah. Setelah itu hendaklah dijaga kebersihan badan, pakaian, tempat tidur, meja tulis dan buku-bukunya.
9. Ia hendaklah mengutamakan menerima pelajaran terus dari guru-gurunya dan jangan tidak hadir kelas kecuali berlaku keuzuran yang kuat. Fikirannya hendaklah sentiasa awas (memberi tumpuan) ketika mengikuti ajaran guru, tidak terganggu dengan urusan yang lain, kerana jika ajaran guru itu dapat dikuasainya ini akan dapat menolongnya. Banyak perbezaan yang ia alami jika ia tidak hadir kelas atau tidak mengambil berat kuliah guru, tentunya ada di setengah-setengah-tempat yang kurang jelas atau tidak faham betul. Lebih baik lagi jika ia dapat membaca pelajarannya itu sebelum disyarahkan oleh gurunya. Ini akan memberi penguasaan yang baik dan dapat memberi tumpuan pada aspek pelajaran yang ia kurang faham.
10. Ia hendaklah tahu bahawa kebanyakan pelajaran itu ada hubungan antara satu sama lain. Kebiasaannya sesuatu pelajaran itu sukar difahami jika pelajaran yang sebelumnya tidak difahami lagi. Oleh itu jangan ada pelajaran yang tidak difahaminya. Kalau ini berlaku maka cepat-cepatlah bertanya kepada guru-guru atau kawan-kawannya.
11. Untuk memudahkan baginya menguasai seluruh pelajarannya di akhir tahun maka ia perlu membuat ringkasan bagi setiap bab dan isi-isi yang pokok dan yang cabangnya dengan menggunakah perkataan yang mudah difahami. Dibuat rajah yang besar bagi setiap mata pelajaran dan diingatkannya baik-baik, manakala penghuraiannya adalah sebagai isinya yang menutup rangka yang kasar itu.
12. Pelajar Muslim contoh hendaklah berusaha supaya dapat menguasai pelajarannya dan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan mengatasi pelajar lain. Ini merupakan perkara yang dituntut dan satu kewajipan yang akan menggembirakan kedua ibu bapanya. Ia juga membuktikan bahawa penglibatannya di dalam gerakan Islam tidak sekali-kali mengganggu pelajarannya bahkan mendorongnya mengatasi kawan-kawannya yang Iain. Ini juga adalah sebagai salah satu bentuk dakwah kepada kawan-kawannya supaya mereka tidak bimbang penglibatannya dalam gerakan Islam tidak akan mengganggu pelajaran dan masih boleh mencapai keputusan yang baik.
13. la hendaklah mencungkil bakatnya di dalam bidang yang boleh memberi manfaat dan memperingatkan sahabatnya supaya berusaha memupuk bakat itu untuk digunakan bagi kerja-kerja Islam. la juga hendaklah meminta nasihat ketika hendak memilih bidang pengkhususan bagi faedah 'amal Islami.
14. Pelajar Muslim hendaklah sentiasa dalam keadaan zikrullah dan meminta perlindungan dari godaan syaitan. Segala amalan, belajar, menjawab dalam peperiksaan hendaklah dimulakan dengan membaca Bismillahir-Rahmanir-Rahim dan memohon pertolongan dari Allah. la hendaklah menunaikan kewajipan terhadap pelajaran dan mengulangkaji, kemudian bertawakkal kepada Allah, memulakan peperiksaan dengan hati yang kudus, menerima keputusan iaitu dengan mengucap Bismillah dan bersyukur kepada Allah sekiranya berjaya dan kembalikan segalanya itu kepada Allah atas pertolongan dan taufik-Nya. Jika sebaliknya, jangan sempitkan perasaan dan jangan berdukacita dan katakan ini adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki. la boleh lakukannya dan akan berusaha lagi dengan penuh keazaman dan ketenangan.
15. Pelajar perempuan Islam juga hendaklah berpegang dengan apa yang telah tersebut dahulu iaitu hendaklah ia menjaga sifat kewanitaannya dan berpegang teguh dengan adab-adab Islam seperti pakaian Islam yang sempurna dari segi rupa bentuknya dan menjauhkan apa yang dilarang dari berbagai jenis perhiasan yang dilarang. Ia hendaklah menjaga dirinya dari tempat yang menimbulkan keraguan dan percampuran, mengangkat suara tinggi, ketawa kuat dan lain-lain sifat yang tidak layak bagi seorang pelajar Islam . Ia hendaklah berpegang dengan adab pemalu, bijak dalam memilih kawan perempuan serta mendalami masalah agama terutama yang berhubung dengan perempuan. Ia hendaklah melaksanakan peranannya sebagai pendakwah terhadap kawan-kawannya.

No comments:
Post a Comment