Saturday 13 August 2011

Rakyat tidak akan mendapat apa2 apabila...(part 1)


generasi muda bertengkar,ulama menegur..
ulama bertengkar,generasi muda berhibur..

pembangkang mendesak,kerajaan bertahan
rakyat adu-aduan,kerajaan cakap JGN MELAWAN!

cita2 nya menjadi guru,
kerana apa? boleh balik pukul satu..

doktor punya gaji beribu-ribu..
nak bedah jantung anak 'mai duit dulu..'

polis entry one two jaga,
rasuah 5ringgit pun,mereka terima..

beli kedai melayu,5 ringgit kena tipu
cina kurang menipu MELAYU takkan maju..

wanita merokok mereka mahu lempang
eh? bukak tudung? cantiklah sayang..

lambakkan hiburan media ada di Malaysia
rakyatnya makmur didunia,bukannya disyurga..

jabatan agama operasi cekup 'ayam' tepi jalan,
dah dapat tangkap,pegang die punya TANGAN

mat rempit 'pacak',pondan melompat
mat rempit dikejar,pondan? amek no telefon pun sempat

di parlimen rakyat,berbalah harga diri mereka..
masalah rakyat? settle sendiri lah ya?

bulan depan pilihanraya,semua lintang pukang
adun bertanding baru nak turun padang..

habis pilihanraya cabut poster bertanding,
YB kesayangan ade hal masing-masing

AGAKnye dia wahabi,tangkap apa tunggu lagi?
CONFIRM melayu tu masuk clubbing,takde report lagi..

badan dakwah ambil anak buah,
tak ada tauliah,jadi gengster main buah

anak cina main bola keranjang
melayu sekarang video telanjang

ustaz,ustazah ceramah di media elektronik,
dengar fakta berbelit,kita pun panik

Malaysiaku indah,negara tercinta,
artist paling 'hot' itulah pujaan kita..

masjid gah tersergam indah,
aduh! tak boleh sembahyang pulak dah!

kerajaan sibuk merasuah,pembangkang menipu dan mencaci
rakyat?? jadi hamba satu sistem yg mereka cipta dan tidak peduli..

ulama berceramah mentauhidkan duit
rakyat kucar kacir semuanya berbelit..

allahummasholli'ala saidina muhammad wa'ala ali saidina muhammad..

No comments:

Post a Comment