Thursday 11 August 2011

MENGAPA UMAT ISLAM DI MALAYSIA INI MUNDUR BERBANDING DENGAN PENGANUT AGAMA LAIN?


Konsep dan undang2 diMalaysia bangsa Melayu MESTI beragama Islam, dan agama Islam di Malaysia sememangnya dipelopori oleh bangsa Melayu, Islam dari bangsa lain seperti,india, cina juga ada,tetapi mereka adalah kaum minoriti. Jadi maruah dan nama baik Islam itu dijaga oleh bangsa Melayu,persoalannya mengapa Islam di Malaysia dipandang mundur?? penulisan ini hanya sekadar renungan agar kita bole muhasabah kembali diri kita dan mula mengorak langkah membangunkan negara dan agama! bangsa Melayu di Malaysia ini sering diserap masuk didalam pemikiran mereka bahawa menjaga kedudukan bangsa itu sesuatu yang sangat perlu supaya,supaya budaya dan pemikiran yang mereka pegang selama ini tidak ditindas. Itu kata mereka tetapi realiti sebenarnya,jika mereka terlalu menjaga BANGSA mereka sehingga mengabaikan bangsa lain,sesungguhnya itu adalah satu bentuk kezaliman yang mungkin tidak ramai yang perasan. konsep ketuanan Melayu ini tidak lagi relevan buat masa kini dan akan datang kerana segalanya akan semakin menjatuhkan maruah bangsa dan agama Islam itu sendiri,terlalu banyak keburukkan dalam konsep ketuanan Melayu ini kerana memanjakan sesuatu akan menyebabkan sesuatu itu tidak akan mampu berdikari. Umpama tidak pernah mengajar anak berjalan,adakah anak itu akan mampu berjalan sendiri?? begitulah bangsa yang sering melolongkan slogan "hidup Melayu","melayu tolong melayu", berfikir sejenak,adakah ini yang dituntut dalam agama Islam, jika benarlah ini yang dituntut dalam agama Islam,maka Rasulullah tidak akan menyampaikan syiar Islam kepada bangsa lain,lebih baik baginda hanya membantu bangsanya(arab) sahaja?? tetapi baginda adil! siapapun,apa pun warna kulit,Islam tidak pernah mengkastakan mereka,sehingga bilal b rabah(berkulit hitam) diangkat tinggi sebagai tonggak utama melaungkan azan,menyeru umat menghadap Allah swt. jadi mengapa di Malaysia ini terbalik pula caranya? kerana Melayu bukan bercita2 menegakkan Islam,tetapi hanya sekadar kepentingan diri mereka sendiri sahaja. Ketuanan Melayu ini juga terdapat bentuk kezaliman secara tidak langsung, contohnya jika ada tiga sekawan berlainan bangsa,melayu,cina,india, tetapi beragama islam  dan mereka baru sahaja mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), si melayu dapat cukup makan untuk kelayakkan universiti awam Malaysia,da si cina dan india mendapat keputusan baik sedikit dari si Melayu,tapi akhirnya Melayu itu tadi dapat masuk universiti dan si cina dan india? cuma dapat melihat,kerana apa? kerana kuota melayu lebih besar di universiti awam. bukan kah mereka sama2 Islam?? bukan kah ini satu kezaliman terhadap saudara seagama kita sendiri? di sini bermakna,universiti2 di malaysia lebih diterajui mereka2 yang tidak berapa cemerlang,manakala yang lebih cemerlang awal2 telah ditendang keluar,dan mereka hanya bekerja biasa di luar sana, dan bukan lah sesuatu yang pelik apabila terdapat banyak gejala sosial melampau pelajar2 universiti pada masa kini, setelah anak2 muda melayu tadi keluar dan pergi mendapatkan pekerjaan,dan kebanyakkan dari mereka masih bermoral yahudi, adakah mereka2 ini mampu membangunkan negara dan agama? terlalu memenagkan bangsa akan menjadikan bangsa itu lemah,sikap assabiah ini lah yang menghancurkan zaman jahiliyah dahulu,tidakkah kita sedar? BUKA MATA! lihatlah di luar sana! berapa ramai mereka "bernama Islam" di pusat serenti? penjara? mat rempit? rasuah? berapa ramai? jangan menyalahkan atau membuat alasan bahawa Melayu adalah kaum majoriti dan kerana itu kelihatan lebih teruk,sebenarnya tidak! cuma melihat semula populariti penduduk malaysia ini,cina sahaja sudah hampir sama banyak dengan melayu,bagaimana jika india dicampurkan bilangannya?? tapi pernahkan aanda melihat masalah sosial remaja mereka? AMAT KURANG SEKALI!! kerana mereka tidak pernah dimanjakan,jadi mereka berusaha sekuat mungkin untuk berada di paling atas, tetapi remaja Melayu? "tak apa lah..markah peperiksaan cukup2 makan pun bole masuk u" ,kerana itu lah mereka terlalu banyak terjebak dengan gejala yang tidak berfaedah,pemikiran seperti ini sudah menyebar kedalam otak anak2 melayu sejak dari sekolah,segala perbuatan diambil ringan,dari segi moral hingga pelajaran,dan kerana itu juga lah ramai diantara mereka dibuang sekolah,masalah buang sekolah ini lah menjadikan anak2 remaja menjadi semakin liar,dengan umur mereka,darah membuak2 dengan segala perkara yang ingin mereka cuba,dan kemudian mereka tidak bersekolah,mereka dibiar duduk diluar sana bercampur dengan rakan2 yang melebihi umur,dan kemudian apa?? rakan lain masuk universiti,dia masuk Userenti, ini lah perkara2 menghancurkan agama sendiri,pokok pangkalnya adalah,ketuanan Melayu yang diberikan terlalu kepada mereka..jadi siapa yang salah????

1 comment:

  1. Btol tu sdara... Kite makin manja...Na'uzubillah.

    ReplyDelete