Wednesday 10 August 2011

PIRING HITAM CALAR BERSUARA MERDU


Bismillahirrahmanirrahim..
sedetik terkesima.. macam mana piring hitam yang calar boleh bersuara merdu??? umpama si gila yang otak nya masih berfungsi?? melodi mula masuk ke dalam jiwa, menenangkan hati yang luka lara.. mengubat selaga rindu dendam... membahagia si penduka cita... begitu lah umpamanya si gila.. yang dirinya mati dimata kita.. namun siapa tahu apa impian nya?? siapa dia sebelumnya??? sebuah stanza melodi hidup si gila..............
sejuk lantai di masjid langsung tak membebankan tulang belakangku yang sudah kebal ni,kerana telah bertahun2 aku hidup seperti ini,dimana saja aku tidak pernah tidur atas muka bumi tuhan ni? jalan raya,sarang tikus,tepi longkang,perhentian bas,dimana2 sahaja adalah bilik aku,apa sahaja adalah katilku,segala jenis makanan didunia ni apa yang tak pernah aku makan? aku sangat bahagia,tiada siapa menghalang atas apa yang aku buat,tiada siapa layak menentukan aku kerana aku lebih mengenal diriku sendiri,walaupun aku berbeza dengan mereka2 yang lain,tapi tak pernah mengenal diri mereka sendiri,apa yang mereka mahukan di dalam dunia ni,tuhan telah mencabut akalku supaya terus berfikir tentang dunia yang GILA! dan memberi aku kebahagian walaupun bersendirian.setelah subuh hampir menjelang sewaktu aku berbaring di lantai sebuah masjid,aku dikejutkan dengan satu sepakkan yang tidak berapa kuat oleh seorang penjaga masjid itu,dan menyebut "oi! bangun! ko ingat ni rumah tumpangan ke ko nak tidur sesuka hati? bangun2! ni tempat sembahyang!" tengkingnya,aku bergegas bangun dan gentar dengannya. tapi! aku ingin bersuara juga padanya,ya mungkin kerana aku tidak berakal,"en.? ni kan rumah tuhan? tuhan kan tak kisah..kenapa en. marah sampai macam ni? rumah tuhan kan kene lindung sesiapa pun dalam bahaya" kataku, "eh,si gila ni? nak ajar aku pulak?"kata penjaga itu, tak mengapalah,aku rasa macam tak berguna untuk aku berhujah dengan penjaga masjid yang "waras" tu, lalu aku berlari anak mendapatkan seliparku diluar,aku memandangnya semula dan menjerit "en! kalau kita nak berbuat sesuatu kebajikkan atau pekerjaan,niat kerana untuk Allah!! bukan sebab DUIT!! hehehe.. kalau kita jadi imam masjid atau apa pun sebab duit,tu bukan jihad en!! tapi kalau kita baca buku sebab Allah,itu baru jihad en!!! baru syahid! baru syurga! syurga! syurga!!" aku terus lari keluar. lelaki tadi cuba mengejarku,aku dapat meloloskan diri. "aku nak tidur pun tak boleh.. apa la! rumah tuhan bukan untuk sembahyang je..aku bukan kotorkan pun,tidur je..hm.. biarlah!" kata hatiku. aku terus berjalan mencari makanan untuk menempuh satu lagi hari jika aku tidak mati pada hari ini,air tergantung2 yang ditinggalkan oleh orang2 membasahi tekak aku,sehingga aku tak berdaya lagi untuk minum kerana terlalu banyak air yang dibazirkan oleh mereka2 yang "waras" sehingga aku lupa siapa sebenarnya syaitan, sama ada manusia atau jin.jika agama menyebutkan perangai syaitan itu suka membazir,jadi bila manusia2 ini melakukan pembaziran..jadi?? adakah manusia itulah syaitan? tak pa la..sekurang2nya Allah terus memberi rezeki kepadaku,pada siapapun Allah tidak pernah lupa,walaupun padaku yang tidak berakal,pada binatang, dan terutama sekali pada manusia yang "waras" walaupun mereka itu selalu menganggap Allah itu zalim dan kejam,tapi Allah tidak pernah berlaku zalim pada kita semua. sedang aku duduk beristirehat di tepi jalan raya di tengah kota,kelihatan matahari mula menunjukkan keindahan untuk menyinari hidup penghuni dunia,pokok2 melambai ditiup angin dengan desiran2 yang dikeluarkan sesesungguhnya inilah melodi harmoni terindah bagiku setiap hari,Allah itu sangat bijak dalam segala hal mengharmonikan setiap ciptaanNya,sehinggalah satu kereta melintasi dihadapanku,dua kereta,tiga kereta,empat kereta,motor lori,kontena van dan sebagainya sehingga beratus2 kenderaan berada dihadapanku dalam sekelip mata mengeluarkan asap2,bunyian2,dan mematikan keindahan yang sedang aku nikmati dari pemberian tuhanku,tidakkah mereka bersyukur dengan pemberian tuhan? mengapa mereka tidak pernah menghiraukan pemberian tuhan? mengapa manusia ini tidak pernah sedar bahawa Allah itu terlalu sayangkan mereka? mengapa? aku terus berlari mencari tempat yang lebih baik malangnya aku tidak menjumpainya,manusia2 "waras" ini bertambah ramai disekelilingku sehingga aku gelisah dan takut dengan pandangan mereka terhadapku,semua kelihatan berkejaran,tidak bertegur sapa dengan sesiapa, masing2 dengan hal sendiri,tidak senyum, aku menjadi pelik secara tiba.. "hari apakah ini? mengapa semua orang bersama pekerjaan masing2 dan tidak menghiraukan orang lain?" teringat aku tentang hari KEHANCURAN umat manusia dimana manusia tidak akan menghiraukan sesama sendiri,tapi itu bukan lah perkara yang berlaku,apabila telah lama aku melihat segala gerak geri manusia pada hari itu aku telahpun menjadi lali,mengambil tempatku di tepian kaki lima dan memberikan sedekah senyuman kepada sesiapa pun melintasi aku kerana aku melihat tidak siapa pun tersenyum dan berbual sesama mereka,apa yang aku lihat mereka hanya bercakap dengan benda petak ditangan mereka dan diletakkan ditelinga,mereka melihat sebuah benda pelik yang mempunyai skrin dan mereka gelak secara tiba2,mereka meletakkan sesuatu ditelinga mereka lalu mereka menyanyi seorang diri,lantas aku menjadi bingung,semua yang mereka lakukan berseorangan diri,bercakap,ketawa,berhibur, sedangkan aku ini yang cuba bercakap,senyum kepada orang lain tidak dilayan.. "siapa yang gila sebenarnya? aku ke mereka?" hatiku menjadi gusar dengan perilaku mereka. setelah matahari sudah mulai naik,manusia yang ramai tadi mulai berkurang,kerana mereka telah masuk ke tempat2 mereka duduk setiap hari,sedangkan aku pun tidak tahu mengapa mereka harus duduk disana setiap hari sedangkan mereka mempunyai rumah,dan mereka duduk ditempat2 itu dengan berpakaian baju,seluar,kasut yang cantik2,cuma yang aku tidak faham mengapa mereka lelaki2  memakai tali dileher?(tali leher) bukankah mereka manusia? bukanya lembu? sekali lagi aku terfikir bahawa siapa sebenarnya yang gila? dan aku melihat bahawa hidup2 manusia ini sememangnya terbalik, si lelaki berpakaian penuh dari hujung kaki ke kepala,manakala wanita berkain pendek(skirt) dan baju mereka sampai ketiak sahaja,jadi nampak lah seluruh bahagian tangan mereka,aku pelik tentang konsep aurat bagi mereka2 yang "waras" ini.. dalam tidak sedar aku berjalan2 aku tiba di sebuah hadapan bank ketika matahari sudahpun terpacak diatas kepalaku,aku melihat mereka2 yang bertali di leher yang menguruskan urusan2 didalam bank itu keluar dari bank itu,aku mendekati mereka dalam mereka tidak sedar lantas aku menjerit kepada mereka,"abang? bank ada makan riba tak? saya tak nak makan riba atau bersekongkol saya takut bang! sebab imam Ahmad ibn Hambal(rh) meriwayatkan dengan sanad sahih bahawa Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya; satu dirham yang berasal dari riba dan dibelanjakan seseorang,walhal dia mengetahuinya,maka lebihberat dosanya daripada enampuluh tiga kali(dosa) perbuatan zina. riba adalah salah satu kezaliman yang paling berat dalam perkara harta dan ianya lebih berat daripada dosa perbuata zina. abang tak takut dengan Allah ke??!!" lelaki itu menengking aku "oi gila! pergi jauh2! bising la!". aku pun lari tapi aku musykil, mengapa mereka marahkan aku? aku cakap benda salah ke? mungkin ke ada si gila macam aku ni bercakap tipu untuk kepentingan diri aku? mungkin ke si gila berkata2 dusta? mengapa mereka yang "waras" itu tidak pernah mendengarkan apa yang aku sebutkan? aku meneruskan perjalananku melihat warna hidup manusia di muka bumi ini. melihat anak2 muda lelaki dan wanita berpelukkan,berpeleseran duduk ditepi2 jalanan,makan dan membuang bekas makanan di tepi2 jalan,menyedut asap,menjerit2 di jalanan, lalu aku menjadi marah! "kalau aku peluk tong sampah orang marah,aku bukan peluk perempuan. kalau aku duduk dalam masjid orang halau,bukan tepi jalan. aku kutip bekas makanan mereka ejek aku,aku bukan buang merata2 macam mereka. aku tak sedut asap macam mereka,aku sentiasa cuba mendapatkan udara segar. aku menjerit kepada orang dengan nasihat dan senyuman,mereka tengking aku,sedangkan anak2 muda itu menjerit terlolong dengan perkara2 yang aku sendiri tidak faham manafaatnya. tapi kenapa aku sentiasa dimarahi oleh orang2 sekeliling tapi mereka TIDAK???" adakah perkara yang aku buat ni menyebabkan orang memanggil aku si tekanan jiwa?? jadi mereka apa?? hari berlalu sehingga senja begitulah seterusnya sedang matahari mulai turun,jalan kembali sesak,anak2 muda semakin ramai keluar ke kota. aku tertidur seketika di sebuah perhentian bas sehingga aku terjaga malam telah tiba,aku melihat lampu2 indah bercahaya menerangkan kota,bersama bunyian2 yang sangat bising di kelab2 malam sekitar ku.. terlalu banyak tidak terkira,bukan kah ini negara Islam,jadi untuk apakah hingga terlalu banyak kelab disini? hanya orang "waras" yg mengerti,aku hanya mampu berdiam, kelihatan manusia2 ke kelab ini sungguh pelik, "cucu wanita" berpelukkan dengan "atuk" masuk ke kelab sambil bercumbu, "nenek" bersama "cucu lelaki" berpelukkan dengan pakaian yang tidak lagi berasaskan kain tetapi berasaskan tali,tali dan tali..aku melihat dari jauh mereka minum bersama2,berjoget sesama mereka bergelak ketawa? apa yang aku tahu air yang mereka minum itu berbau masam,dan mereka minum dengan rakusnya! aku sangat2 pelik bila tiada siapa pun menegur dan gelakkan mereka?? sedang kan bila aku minum air coklat,kopi dan sebagainya yang masam,mereka gelakkan aku, apakah air yang aku minum itu haram,dan mereka tidak?? aku melihat berbagai jenis bangsa dan agama berpelukkan didalam sana,mereka berhibur sehingga larut pagi bersama muzik yang kuat,setelah habis berhibur mereka keluar dalam keadaan yang sama masih berpeluk2 pelukan sesama mereka sambil berjalan terhuyung hayang,apabila mereka berlanggar sesama mereka,mereka menjadikan itu sebagai bahan ketawa dan gurauan, tapi mengapa bila aku yang berjalan,dan berjalan dengan berhati2,dan apabila terlanggar mereka sedikit lalu mereka menengking aku,aku betul2 tidak pernah faham dengan keadaan dunia manusia "waras" ini. adakah aku perlu lakukan perkara2 seperti mereka barulah mereka tidak memanggil aku si gila??? setelah penat aku berjalan aku mematikan langkahku di atas sebuah jejantas lalu terlelap disitu, dalam keadaan aku belum terfikir perkara untuk keesokkan harinya,aku terlena dengan selesa bersama rahmat dan nikmat tuhanku,dan bukan lah terlena atas sebab lelah penat bersama nikmat NAFSU ku..zzzzzzzz...=)
PENCERITAAN HANYALAH SEBUAH PENCERITAAN,LUAHAN JIWA YANG DISAMPAIKAN MELALUI PEMERHATIAN DARI SUDUT PANDANGAN SI GILA,PANDANGAN SI GILA YANG DIPANDANG MELALUI EKPRESI WAJAH PERBUATAN MEREKA DAN DIADAPTASI DALAM PENCERITAAN, JADI APAKAH YANG ANDA MAHUKAN? SIAPA ANDA? SIAPA ANDA YANG WUJUD MELAKSANAKAN TUGAS DIMUKA BUMI INI?? SIAPA ANDA??? GILA ATAU WARAS???

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur’an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah.

1 comment:

  1. Menusuk tertusuk dan ditusuk...hu... Kagum sungguh...=)

    ReplyDelete