Wednesday 24 August 2011

Islam pakai serban masuk jel..macam mana dengan sikh???


www.kosmo.com.my(25 ogos 2011)

Gara-gara serban, kena jel dua hari


NASIR dibawa keluar daripada Mahkamah Majisteret setelah dijatuhi hukuman penjara dua hari di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Akibat enggan membayar saman RM90 atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar, Mahkamah Majistret di sini semalam memerintahkan seorang pelajar sekolah pondok dipenjara dua hari.
Ahmad Nasir Darus, 27, dikenakan hukuman tersebut selepas diputuskan oleh Majistret Tengku Amalin Ai'shah Putri Sultan Ismail Petra.
Pelajar Pondok Pasir Tumboh itu disaman atas kesalahan tersebut di Jalan Pasir Tumboh dekat sini kira-kira pukul 6.30 petang pada 20 September tahun lalu.
Dia disaman kerana menyalahi Kaedah 4 Motosikal (topi keledar) 1973 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, seksyen itu memperuntukkan denda sehingga RM2,000 atau penjara enam bulan.
Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Mohd. Yusri Mamat.
Ahmad Nasir pada mulanya dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 tetapi mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

No comments:

Post a Comment