Saturday 20 August 2011

PENDAPAT IMAM HAMBALI


1
Bolehkah air yang suci tetapi tidak menyucikan iaitu air mustaqmal (contohnya air mutlak yg dicampurkan ‘teh, kopi, susu, lumut atau air sisa wuduk) dipakai untuk dibuat bagi menghilangkan hadas atau najis?    Tidak Boleh

2              Apakah sukatan air yang akan berubah menjadi air muttanajis jika termasuk najis?           Jika kurang dari anggaran bekas 2 kolah (58.3cm padu)

3              Bagaimana pula jika perigi dimasuki najis atau bangkai?  Jika kurang dari anggaran bekas 2 kolah (58.3cm padu) air itu perlu di buang. Jika lebih tidak mengapa.

4              Bagaimana jika babi atau anjing yg hidup termasuk kedalam perigi lalu keluar semula hidup2?     Buang 200 timba airnya atau kesemuanya

5              Apakah boleh bersuci dgn air sisa binatang yg halal dimakan dagingnya (air yg kurang sukatan)? Boleh

6              Apakah boleh bersuci dgn air sisa babi atau anjing(air yg kurang sukatan)?            Tidak Boleh.
Bekas itu harus disamak

7              Apakah boleh bersuci dgn air sisa binatang buas(air yg kurang sukatan)? Boleh

8              Apakah air akan berubah menjadi najis jika terjatuh bangkai yang tidak berdarah seperti semut, lebah, kumbang?                Tidak Najis

9              Apakah bulu dari bangkai binatang seperti kambing, unta dll itu najis? Tidak Najis

10           Apakah darah ikan, nyamuk, kutu itu najis? Dan bagaimana jika darah itu setitis atau 2 titis pd tubuh sedangkan kita sedang bersolat?             Tidak Najis serta tidak membatalkan solat

11           Bagaimana jika muntah semasa bersolat?             Batal wuduk

12           Najiskah kencing manusia?          Najis. Tetapi bayi lelaki yg belum diberi makanan, cukup hanya percikan air pada kencing itu.

13           Najiskah zat anjing atau babi yang hidup?             Najis

14           Najiskah zat anjing atau babi yang mati?                Najis

15           Najis dari haiwan yg halal dagingnya?      Suci melainkan jika binatang tersebut makan najis

16           Hukum air mani ?             Suci kecuali anjing atau babi

17           Hukum air mazi atau wadi?          Najis

18           Hukum susu binatang yang tidak boleh di makan dagingnya?       Suci

19           Hukum abu & asap najis yg dibakar?        Najis

20           Cara mencuci najis yg tidak nampak seperti kencing yg sudah kering        Mengalirkan air sebanyak 7x

21           Bolehkah memakai kulit yang disamak? Kulit tidak dapat disucikan tetapi boleh dipakai bila kering melainkan binatang yang haram.

22           Bolehkah membuang hajat sambil membelakangi atau menghadap kiblat?           Boleh kalau tempat tertutup

23           Bolehkah membuang air kecil sambil berdiri?      Boleh tapi tidak sopan

24           Doa Masuk Tandas
25           Doa Keluar Tandas


26
Niat Wuduk        Syarat. Boleh juga dilakukan sebelum pekerjaan wuduk.

27           Baca Bismillah pd permulaan wuduk.      Fardhu. Jika terlupa wuduknya sah. Tetapi jika teringat dipertengahan pekerjaan wuduk maka hendaklah dimulakan semula wuduk dgn Bismillahi.

28           Membasuh 3x @ 2x @ 1x ketika wuduk Sunat

29           Menggosok anggota wuduk        Sunat

30           Membasuh kedua belah tapak tangan   Fardhu

31           Berkumur dan menghisap air ke hidung Fardhu

32           Membasuh muka            Fardhu

33           Membasuh Tangan hingga ke siku            Fardhu

34           Membasuh kepala          Seluruh kepala

35           Menyapu kedua belah kuping telinga     Fardhu

36           Basuh Kaki          Fardhu

37           Tertib    Rukun

38           Tidur nyenyak secara duduk..     Batal wuduk

39           Menyentuh wanita yg bukan mahram (halal dinikahi)     Tidak batal wuduk sekiranya sentuhan itu tidak untuk menikmati keseronokannya.

40           Menyentuh rambut, gigi, kuku wanita yg bukan mahram Tidak batal wuduk

41           Menyentuh kemaluan sendiri tanpa alas.             Batal Wuduk

42           Menyentuh kemaluan orang lain tanpa alas.       Tidak batal wuduk sekiranya sentuhan itu dengan tapak tangan.

43           Keluar darah atau nanah               Tidak batal wuduk jika sedikit sahaja yg keluar

44           Batalkah wuduk jika ketawa terbahak2 didalam solat?    Tidak Batal Wuduk

45           Batalkah wuduk jika makan daging unta?              Batal Wuduk

46           Batalkah wuduk jika kita memandikan jenazah?                Batal Wuduk

47           Bolehkah tawaf sedang dalam berhadas kecil atau besar?             Tak sah tawaf

48           Bolehkah menyentuh Al-Quran sedang dalam berhadas kecil?   Boleh jika dibawa dlm beg

49           Bolehkah menyentuh buku tafsir Al-Quran sedang dlm berhadas kecil? Boleh dibawa, disentuh dan di baca

50           Apakah hukum ‘niat’ ketika mandi sunat atau wajib? Bila waktu berniat?               Syarat.
Boleh berniat sebelum mulai mandi.

51           Apakah hukum berkumur serta memasukan air kehidung ketika mandi?               Fardhu

52           Bagaimana pula rambut wanita yang panjang mengurai, apakah perlu di uraikan ikatan rambut ketika mandi?                Tidak wajib mengurai rambut sekiranya mandi kerana janabat tetapi sekiranya ia mandi kerana haid/nifas maka wajib menguraikan rambut.

53           Bagaimana pula hukum menggosokkan tubuh badan serta berturut-turutan ketika mandi?          Sunat

54           Bagaimana pula hukum membaca Bismillah ketika mandi?            Fardhu. Jika terlupa mandinya sah. Tetapi jika teringat dipertengahan pekerjaan mandi maka hendaklah dimulakan semula mandi dgn Bismillahi.

55           Wajibkah mandi sekiranya melahirkan anak secara pembedahan?            Tak wajib

56           Sesudah mandi sunat, bolehkah terus bersolat?                Boleh

57           Seseorang yang mandi sunat Jumaat (kerana mahu bersolat Jumaat) telah berhadas. Apakah yang perlu ia lakukan?                Apabila bangun dari tidur di hari Jumaat, ia mestilah mandi sunat Jumaat. Sekiranya setelah itu ia berhadas maka Ia perlu mengulangi mandi sunat tersebut. Sekiranya ia berhadas lagi maka ia perlu sekali lagi mengulangi mandi sunat tersebut. Ini cuma untuk orang yg mahu bersolat Jumaat bukannya kerana hari Jumaat. Manakala pada hari biasa ia boleh terus bersolat setelah mandi sunat dan sekiranya ia berhadas setelah itu, terpulang padanya samada mahu mengulangi mandi sunat tersebut ataupun hanya berwuduk.

58           Bilakah waktu untuk mandi sunat Hari raya?        Sejak terbit fajar sehingga solat Raya mahu dimulai

59           Hukum duduk atau lalu didalam masjid bagi orang yg berhadas besar?    Haram duduk atau mundar-mandir didlm masjid. Jika terpaksa melalui dlm masjid, boleh asalkan tidak mengotorkan masjid. Jika terpaksa duduk didlm masjid ia perlu berwuduk.

60           Gugurkah kewajiban solat bagi orang yg gila/pengsan & apakah perlu di kada?   Kewajiban solat gugur selepas 2 waktu solat & tak wajib kada.

61           Apakah hukum azan?     Fardhu Kifayah

62.          Berapa kalikah urutan ketika qamat?
Allahuakhbar 2x
Asyhadu alla illaha illallah 1x
Asyhaduanna Muhammadar Rasulullah 1x
Hayya alosolah 1x
Hayya alalfalah 1x
Qad qamatisolah 2x
Allahu Akhbar 2x
La illaha illallah 1x

63           Apakah batas aurat wanita yang bersolat?            Seluruh tubuh kecuali muka

64           Bagaimana mahu bersolat jika tiada pakaian yang suci?  Telanjang. Solat secara duduk. Rukuk & sujud secara isyarat. Paha dirapatkan.

65           Bagaimana pula kiblat solat orang yang sedang sakit? Gugur kewajipan menghadap kiblat
66           Niat Solat- Rukun 1          Syarat.
Boleh dilakukan sebelum perbuatan solat

67           Berdiri Tegak – Rukun 2 Rukun jika mampu. Tetapi sunat jika untuk solat sunat

68           Takbiratul ikhram – rukun 3         Rukun

69           Membaca Fatihah – rukun 4        Rukun

70           Makmum membaca Fatihah di belakang Imam   Sunat

71           Membaca Fatihah pada 2 rakaat pertama             Fardhu

72           Membaca Fatihah pada 2 rakaat terakhir               Sunat

73           Membaca Bismillah pada Fatihah              Sunat

74           Rukuk dengan tuma’ninah – rukun 5       Rukun

75           Bangkit dari rukuk dan berdiri tegak serta tuma’ninah –rukun 6  Rukun

76           Sujud –rukun 7 Rukun Dahi, tangan, lutut & ujung2 kedua jari kaki (Hidung adalah sunat)

77           Duduk antara 2 sujud – rukun 8 Rukun

78           Duduk untuk tasyahud akhir – rukun 9

79           Membaca Tasyahud akhir – rukun 10      Rukun

80           Membaca Selawat atas Nabidalam tasyahud akhir – rukun 11      Rukun

81           Memberi salam 1x –rukun 12     Rukun 2x

82           Tertib – rukun 13              Rukun

83           Mengangkat tangan ketika takbiratul ikhram, rukuk & bangun dari rukuk.. separas bahu                Sunat

84           Cara meletak tangan ketika berdiri tegak (bukan ketika iktidal)   Meletak tangan kanan pd tangan kiri & dibawah pusat

85           Membaca doa iftitah      Sunat

86           Cara membaca doa iftitah            Subhanakallah humma. Wabihamdika. Wataba rokasmuka. Wataala jadduka. Wala ilaghairuka.

87           Membaca Isti’azah ( a uzubillah…)            Sunat

88           Membaca Amin (semasa Fatihah)            Sunat

89           Membaca surah selepas Fatihah pada 2 rakaat terawal   Sunat

90           Cara turun untuk sujud Lutut-tangan-muka

91           Cara bangun dari sujud  Muka-tangan-lutut

92           Cara sujud           Tapak tangan sebaris bahu

93           Cara bukaan jari                Buka jari ketika rukuk dan tutup jari ketika takbir dan sujud

94           Cara duduk antara 2 sujud (isytirasy)       Punggung duduk diatas tapak kaki kiri sementara tapak kaki kanan di tegakkan

95           Membaca doa ketika duduk antara 2 sujud          Wajib

96           Cara duduk pd rakaat ke 2 & akhir Duduk seperti isytirasy pd rakaat ke 2 tetapi bagi rakaat terakhir hendaklah duduk tawaruk

97           Cara tangan kanan ketika duduk rakaat ke 2 atau terakhir             Kesemua jari tangan kanan di kepal (jari tangan kiri dibuka) & mengangkat jari telunjuk bila masa lafaz jalallah (Allah)

98           Tasyahud awal  Wajib

99           Selawat atas nabi pada Tasyahud akhir   Wajib

100         Cara Bacaaan Selawat Allahuma Solliala Muhammad. Wa ala ali Muhammad. Kama Sallaitaala Ibrahim Waali Ibrahim. Wabarik ala Muhammad wa ala Muhammad. Kama barak taala Ibrahim wa ala ali Ibrahim Fil alamin innakahamidun majid

101         Membaca doa qunut dalam solat Subuh                -

102         Waktu membaca doa qunut        -

103         Hukum solat sendirian di belakang saf yg mana saf di depannya masih ada kosong            Batal solatnya

104         Berkata2 dgn tidak sengaja didlm solat   Batal

105         Berdehem, merintih, menangis @ mengaduh dengan sengaja   Batal
Melainkan jika ia terjadi kerana takut atau kasih atau rindu atau aid atau mabuk kepada Allah

106         Ketawa dalam solat         Batal melainkan jika sedikit

No comments:

Post a Comment